.
.
.
2 Januari 2025 | KHAMIS –
Satu lawatan turun padang oleh Tuan Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, BCN selaku Pengarah Projek (P.P) ke tapak projek โMenaiktaraf Jalan Kota Sarang Semut Ke Pekan Pendang (Laluan K133) Kedah Darul Aman – Fasa 1 : Menaiktaraf Jalan Dari Susur Keluar Plus 175 Ke Persimpangan Pendang By-Pass (Ch5000-8700)โ bagi meninjau kemajuan kerja semasa di tapak dan membincangkan isu teknikal berbangkit di tapak.
.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Ir. Abdur Rahman Azzam Bin Che Sobry, Ketua Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur, JKR Negeri Kedah, Pegawai Tapak Bina Projek, Bahagian Jalan JKR Daerah Pendang diketuai Jurutera Jalan, Nurul Huda Binti Mohd Rusli, wakil Bahagian Jalan JKR Kedah diketuai Ir. Ts. Umadevi A/P Ragoo Nathar dan wakil kontraktor, UCM CONSTRUCTION SDN. BHD. yang terlibat.
.
Diharap pihak kontraktor dapat meningkatkan kemajuan kerja di tapak supaya projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan atau disiapkan dengan lebih awal daripada jadual disamping mengekalkan kualiti terbaik sepanjang tempoh kontrak.
.
.
.
Layari Facebook Rasmi JKR Pendang :