Majlis Penyerahan Projek Menggantikan 2 buah Titi Sedia Ada Di Kampung Bukit Berangan Dan Kampung Surau, Mukim Sok, Daerah Sik, Kedah Darul Aman

 

ISNIN, 11 MAC 2024 : Telah Berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Menggantikan 2 buah Titi Sedia Ada Di Kampung Bukit Berangan Dan Kampung Surau, Mukim Sok, Daerah Sik, Kedah Darul Aman dan diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Hj. Syed Khairul Anuar bin Syed Abidin Pegawai Kewangan Negeri, YBrs. Tuan Mahamad Suhaimi bin Man Pegawai Daerah Sik, YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail Pengarah JKR Kedah, YBrs. En. Muhammad Yusri bin Hamid Jurutera Awam Penguasa Jalan, YBrs. Ir. Ts. Mohd Shahneezam bin Abd Rahman Jurutera Daerah JKR Sik serta para pegawai dari Pejabat YB PKN, JKR dan Pejabat Daerah dan Tanah Sik.

Lawatan para pegawai dari Pejabat YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri (PKN) Dan Pasukan Projek Dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Ke lokasi Titi Yang Telah Siap Dibina juga telah diadakan sejurus Majlis penyerahan projek berlangsung.
Projek ini telah menelan kos sebanyak RM 1.625 juta dan dibiayai dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Alhamdulillah projek telah berjaya disiapkan 4 bulan lebih awal dan dapat digunakan oleh masyarakat setempat lebih awal dari jangkaan.
TOGETHER WE DELIVER.