SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 67

Perbezaan agama dan bangsa tidak menghalang kesatuan hati rakyat Malaysia. Tanamkan sikap perpaduan dan kecintaan kepada tanah air yang Merdeka. Hayatilah pengorbanan dan pupuklah semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing- masing agar kita tetap kenang pengorbanan nenek moyang dalam membebaskan tanah air daripada penjajah.

Dalam sejarah Malaysia tercinta,
Banyak nyawa telah terkorban,
Kemerdekaan ini amat bermakna,
Lagu merdeka menjadi kebangaan.

Dari Kedah ke Kota Melaka,
Singgah di Taiping Menjamu Laksa,
Tidakkan luntur semangat merdeka,
Perjuangan pahlawan kekal sentiasa.

Jalur Gemilang bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalunya kita berdoa kepadaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

SELAMAT HARI MERDEKA KE-67! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ikhlas daripada seluruh warga JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua