Selasa, 31.12.2024 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Yan, Ir. Sharudin Bin Halim, BCK. merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Hashim Bin Ismail Pembantu Awam Gred H11 di atas segala sokongan padu dan kerjasama erat yang telah diberikan kepada JKR Daerah Yan, Kedah bagi tempoh 19 tahun (01.01.2008 – 06.01.2025) , Ts. Nur Dina Binti Ramli, Jurutera Awam J41 (Bahagian Jalan) atas perkhidmatan kontrak beliau bagi tempoh 2 tahun(14.02.2022 – 31.12.2024) (COS) dan Cik Intan Maisara Binti Marzelan, Protege (BKUB) bagi projek Jambatan Sungai Yan & Tupah, Kedah atas perkhidmatan beliau kontrak beliau bagi tempoh 1 tahun 11 bulan (01.02.2023 – 31.12.2024).
Pada kesempatan ini, Jurutera Daerah, JKR Daerah Yan, Ir. Sharudin Bin Halim, BCK. menzahirkan ucapan tahniah dan selamat bersara kepada Encik Hashim Bin Ismail, Pembantu Awam Gred H11 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 06.01.2025, Ts. Nur Dina Binti Ramli, Jurutera Awam J41 (Bahagian Jalan) yang telah menamatkan perkhidmatannya (tempoh kontrak) pada 31.12.2024 dan Cik Intan Maisara Binti Marzelan, Protege (BKUB) yang telah menamatkan tempoh kontrak beliau pada 31.12.2024.
Semoga Encik Hashim Bin Ismail, Ts Nur Dina Binti Ramli dan Cik Intan Maisara dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya Encik Hashim Bin Ismail dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara. Selamat maju jaya Ts. Nur Dina Binti Ramli dan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang di pejabat yang baharu. Selamat maju jaya Cik Intan Maisara Binti Marzelan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.
InsyaAllah, panjang usia kita berjumpa lagi.
Ikhlas daripada seluruh warga JKR Daerah Yan, Kedah.
Sumber daripada Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.
#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua