PROGRAM BRISKWALK KE ARAH MELAHIRKAN WARGA JKR YAN YANG SIHAT DAN CERGAS

19 April 2026 (Ahad) – PROGRAM BRISKWALK KE ARAH MELAHIRKAN WARGA JKR YAN YANG SIHAT DAN CERGAS

Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Pantai Murni, Yan, Kedah yang menawarkan suasana persekitaran yang nyaman dan sesuai untuk aktiviti riadah.

Program ini diadakan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JKR Daerah Yan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kekitaan antara kakitangan. Aktiviti seperti briskwalk ini diharapkan dapat menjadi platform untuk membudayakan aktiviti riadah secara berterusan dalam kehidupan seharian.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf yang telah memberikan komitmen serta penglibatan yang amat baik dalam menjayakan program ini. Semoga semangat positif ini dapat diteruskan dalam aktiviti-aktiviti akan datang.

Sumber : ICT JKR Daerah Yan