PUCHONG, SELANGOR | 12 – 13 OKTOBER 2026
Salah seorang warga JKR Daerah Yan, iaitu Mohamad Firdaus bin Ahmad, telah berjaya menyertai Kursus Pengendalian Jentera Backhoe Loader sempena perolehan tender bagi projek Membekal, Memasang, Menguji dan Mengujiterima Jentera Backhoe Loader bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia, bertempat di Training Hall, Sunway Enterprise Park, Puchong, Selangor.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengendalian jentera Backhoe Loader, merangkumi aspek keselamatan, pemeriksaan dan penyelenggaraan jentera serta latihan pemanduan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Amran bin Ahmad, Ketua Jurutera Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia, serta seluruh pihak penganjur dan tenaga pengajar atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan perkongsian ilmu sepanjang kursus berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas harian bagi meningkatkan kompetensi warga kerja dan mutu penyampaian perkhidmatan JKR Daerah Yan.
SUMBER : ICT JKR Daerah Yan