AUDIT DALAMAN SPK JKR DAERAH YAN TAHUN 2026

AUDIT DALAMAN SPK JKR DAERAH YAN TAHUN 2026

YAN, 26 Julai 2026 โ€“ JKR Daerah Yan telah menerima kunjungan Pasukan Audit Dalamanย bagi pelaksanaan Audit Dalaman sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh Sistem Pengurusan Kualiti serta memastikan pematuhan terhadap prosedur kerja yang telah ditetapkan.

Sesi pembukaan audit telah dipengerusikan oleh Ts. Nur Dhamirah Dhaniah Binti Abdul Rahman, Jurutera Fasiliti, yang menekankan kepentingan audit dalaman sebagai platform penambahbaikan berterusan, pengukuhan tadbir urus serta peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

Majlis penutup audit pula telah dipengerusikan oleh Ir. Norashikin Binti Haron, Jurutera Daerah JKR Daerah Yan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Pasukan Audit Dalaman atas kesudian hadir menjalankan audit di JKR Daerah Yan serta segala teguran, pandangan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua warga JKR Daerah Yan atas komitmen, kerjasama dan kesiapsiagaan sepanjang proses audit berlangsung.

Semoga hasil audit ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, seterusnya meningkatkan kecemerlangan organisasi demi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

JKR Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Audit Dalaman atas kunjungan serta bimbingan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan dalam usaha membudayakan amalan kerja berkualiti dan penambahbaikan secara berterusan.

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.