KULIM, 8 Julai 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan telah menganjurkan Kursus Transformasi Kerja Berpasukan Tahun 2026 pada 7 hingga 8 Julai 2026 bertempat di Hibiscus Sedim, Kulim.
Program ini bertujuan memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan komunikasi serta memupuk budaya kerja yang lebih efektif dalam kalangan warga JKR Daerah Yan.
Sepanjang kursus, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti lasak dan rekreasi seperti Tree Top Walk, ATV, Paint Ball dan aktiviti-aktiviti lain yang menguji tahap kerjasama, kepimpinan, strategi serta keyakinan diri dalam menghadapi setiap cabaran yang diberikan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga JKR Daerah Yan atas komitmen, semangat kerjasama dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. Diharapkan program ini dapat memperkukuh hubungan silaturahim, meningkatkan motivasi warga kerja serta melahirkan pasukan yang lebih berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sumber : ICT JKR Daerah Yan