SESI KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA PEGAWAI DAERAH YAN

YAN, 1 Julai 2026 – KUNJUNGAN HORMAT JURUTERA DAERAH JKR YAN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH YAN

Jurutera Daerah JKR Daerah Yan, Ir. Norashikin Binti Haron, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, AMN., AMK., BCK., Pegawai Daerah Yan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Turut hadir bersama ialah Ts. Nur Dhamirah Dhaniah Binti Abdul Rahman, Jurutera Fasiliti dan Mohamad Nazmi Bin Adnan, Jurutera Bangunan.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara JKR Daerah Yan dan Pejabat Daerah dan Tanah Yan, khususnya dalam aspek penyelarasan pelaksanaan projek pembangunan, penyelenggaraan kemudahan awam serta usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga jalinan kerjasama erat antara kedua-dua jabatan terus diperkasakan demi menyokong pembangunan Daerah Yan yang mampan dan berdaya saing.

Sumber : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR