HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT JKR DAERAH YAN

HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT JKR DAERAH YAN

YAN, 11 OKTOBER 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara 2026 bertempat di Dewan Dato’ Madi dengan penyertaan warga kerja JKR Daerah Yan.

Majlis telah dirasmikan oleh Jurutera Daerah Yan, Ir. Norashikin binti Haron, dan turut dihadiri oleh Jurutera Fasiliti, Ts. Nur Dhamirah Dhaniah binti Abdul Rahman, serta Jurutera Bangunan, Mohamad Nazmi bin Adnan bersama urusetia dan warga JKR Daerah Yan.

Program yang bertemakan “Malaysia Aktif” ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja.

Pelbagai aktiviti sukan dan permainan telah diadakan, antaranya sepak penalti, ping pong, dart, carrom, congkak, batu seremban serta sukaneka. Program turut diserikan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar sebagai kenangan bersama.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk budaya hidup aktif dan sihat serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan warga JKR Daerah Yan, selaras dengan aspirasi Hari Sukan Negara 2026.

#HariSukan Negara2026