YAN, 13 Julai 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan berbesar hati menerima kehadiran Pengurusan Tertinggi JKR Negeri Kedah sempena penganjuran Mesyuarat Pengurusan JKR Negeri Kedah Bil. 1/2026 yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, BCN serta dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian JKR Negeri Kedah dan Jurutera Daerah dari seluruh negeri Kedah. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan agenda pengurusan, pentadbiran, prestasi jabatan serta hala tuju strategik organisasi dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan JKR.
Selaku tuan rumah, JKR Daerah Yan amat berbesar hati dapat menyediakan kemudahan dan menyambut kehadiran seluruh warga pengurusan JKR Negeri Kedah. Penganjuran mesyuarat ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara warga JKR, malah memperkukuh semangat kerjasama dalam merealisasikan aspirasi jabatan.
JKR Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, BCN selaku Pengerusi Mesyuarat, semua Ketua Bahagian, Jurutera Daerah serta seluruh urus setia yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Mesyuarat Pengurusan JKR Negeri Kedah Bil. 1/2026.
Semoga segala keputusan dan ketetapan yang dicapai menerusi mesyuarat ini akan terus memperkukuh kecemerlangan JKR Negeri Kedah dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.
Sumber : ICT JKR Daerah Yan