Lawatan Sambil Belajar ke Kuari Bukit Perak Anjuran BDB Sdn. Bhd.

Jabatan Kerja Raya Daerah Yan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuari BDB Sdn. Bhd. pada 21 Mei 2026 jam 9.30 pagi bagi menambah ilmu pengetahuan serta memberi pendedahan berkaitan proses operasi kuari, pengeluaran bahan batuan dan kaedah pengurusan tapak yang digunakan dalam industri pembinaan. Lawatan ini turut memberi peluang kepada peserta memahami dengan lebih mendalam aspek teknikal serta prosedur kerja yang diamalkan di kuari bagi memastikan mutu dan kualiti kerja sentiasa berada pada tahap terbaik.

Sumber: Bahagian Jalan JKR Daerah Yan

#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah