28 September 2026 | Gunung Jerai, Yan, Kedah
Penutupan sementara Jalan Persekutuan FT252 Jalan Gunung Jerai, Seksyen 0.00 km hingga 11.00 km pada 28 September 2026 dilaksanakan untuk memberi laluan sempena penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 yang melibatkan laluan menuju ke puncak Gunung Jerai.
Sepanjang tempoh penutupan, kerjasama dan pematuhan pengguna jalan raya terhadap arahan serta kawalan lalu lintas yang ditetapkan amat penting bagi memastikan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.
JKR Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengguna jalan raya, penduduk setempat, agensi terlibat serta pihak penganjur atas kerjasama dan kesabaran yang diberikan sepanjang tempoh penutupan jalan ini.
Penutupan sementara FT252 telah dilaksanakan dengan lancar bagi menyokong kelancaran penganjuran LTdL 2026 serta memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak. ![]()
Sumber: ICT JKR Daerah Yan