YAN, 26 JANUARI 2026 – Program Gotong-Royong Siri 1 Tahun 2026 anjuran JKR Daerah Yan dengan kerjasama THB Maintenance Sdn. Bhd. dan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah berjaya dilaksanakan untuk melaksanakan kerja-kerja mengecat ‘kerb’ jalan dan lain-lain kerja pembersihan di persimpangan laluan Persekutuan dan Negeri di Daerah Yan, Kedah.
Pelaksanaan program berjalan lancar dengan penglibatan aktif warga kerja JKR Daerah Yan serta konsesi bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan kondusif. Pihak pengurusan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.
#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah