Sekalung Budi dan Sejambak Kasih

🌿 Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih 🌿

Jurutera Daerah serta warga JKR Daerah Yan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan staf yang berpindah sepanjang berkhidmat di jabatan ini.

Sekalung Budi dan Sejambak Kasih diucapkan kepada:
1. Shuhaimi Bin Bidin yang berpindah ke JKR Daerah Kubang Pasu ; dan
2. Mohd Rizuan Bin Azizan
yang berpindah ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Pembangunan),

yang akan berkuat kuasa pada 15 Oktober 2026 (Khamis).

📜✨ 
Pohon selasih tumbuh merimbun,
Daunnya hijau menambah seri.
Budi dikenang jasa disanjung,
Ikhlas ditabur kekal di hati. 💐

📜🌿
Padi dituai di hujung bendang,
Beras disimpan bekalan hari.
Walau berpisah membawa pandang,
Silaturahim kekal dihati. 🌾

Terima kasih atas segala khidmat bakti dan kenangan yang ditinggalkan.

Semoga terus cemerlang serta menabur bakti dengan penuh dedikasi dan integriti di tempat baharu. 🌸

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah