

🚶♂️ 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗥𝗜𝗦𝗞𝗪𝗔𝗟𝗞 𝟯.𝟬 𝗝𝗞𝗥 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡
📍 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗶, 𝗬𝗮𝗻
📅 6 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲
Program Briskwalk 3.0 JKR Daerah Yan telah dilaksanakan bermula di Setor JKR Daerah Yan ke Seri Perigi, Yan dengan penyertaan warga kerja JKR Daerah Yan.
Program ini melibatkan perjalanan sejauh 𝟮.𝟱 𝗸𝗺 sebagai salah satu inisiatif menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Selain itu, program ini turut memberi ruang untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja JKR Daerah Yan.
Sumber : ICT JKR Daerah Yan