26 April 2026 (Ahad) – PROGRAM BRISKWALK KE ARAH MELAHIRKAN WARGA JKR YAN YANG SIHAT DAN CERGAS
Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi, bermula dari Perkarangan JKR Daerah Yan menuju ke Jalan Pantai Murni, Yan, Kedah. Laluan yang dipilih menawarkan suasana persekitaran yang nyaman dan kondusif, sekali gus sesuai untuk aktiviti riadah.
Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JKR Daerah Yan, di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Selain itu, ia turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan kakitangan. Aktiviti briskwalk seperti ini diharapkan dapat membudayakan amalan riadah secara konsisten dalam kehidupan seharian.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf atas komitmen serta penglibatan yang amat memberangsangkan dalam menjayakan program ini. Diharapkan semangat positif ini akan terus dikekalkan dan diperkukuh dalam penganjuran aktiviti-aktiviti akan datang.
Sumber: ICT JKR Daerah Yan