JERAI CYCLING FEST 2025 & PROGRAM AGIHAN WAKALAH ZAKAT PKNK

GUNUNG JERAI, KEDAH (29 November 2025) โ€“ Sempena penganjuran Tahun Melawat Kedah 2025, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan kerjasama Kevent Management Sdn. Bhd. telah menganjurkan Jerai Cycling Fest 2025, sebuah acara sukan berprestij yang menghimpunkan para penggiat sukan berbasikal dari dalam dan luar negeri.

Bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan para peserta, penutupan sementara laluan dari kaki Gunung Jerai hingga ke puncak (KM 0.00 hingga KM 11.00) telah dilaksanakan dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi, khusus bagi memberi laluan kepada acara kayuhan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, Puan Ir. Norashikin binti Haron, selaku Jurutera Daerah JKR Yan, bersama beberapa tetamu kenamaan daripada pelbagai jabatan kerajaan. Beliau turut diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang kategori utama, selain memastikan koordinasi teknikal dan perjalanan program berada pada tahap optimum.

Selari dengan komitmen PKNK dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat, Program Agihan Wakalah Zakat PKNK turut diadakan sempena acara kayuhan tersebut. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah, kepada penerima dalam kawasan Dun Guar Chempedak. Program berkenaan telah berlangsung di perkarangan Titi Hayun, Yan.

Penganjuran Jerai Cycling Fest 2025, disusuli pelaksanaan Program Agihan Wakalah Zakat PKNK, mencerminkan usaha bersepadu kerajaan negeri dalam menggalakkan pembangunan sukan, meningkatkan daya tarikan pelancongan serta memperkasa agenda kebajikan rakyat. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh identiti Gunung Jerai sebagai destinasi pelancongan kompetitif, malah menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi setempat, seiring aspirasi Negeri Kedah.

Jabatan Kerja Raya Daerah Yan merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan pemenang yang telah menjayakan program ini.

SUMBER: Unit ICT, JKR Daerah Yan, Kedah

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah
#IamJKR