
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) JKR Malaysia.
Seluruh warga JKR Daerah Yan menzahirkan sokongan dan komitmen penuh kepada YBhg. Dato’ Ir. dalam menerajui JKR Malaysia ke arah kecemerlangan organisasi serta memperkukuh kesinambungan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Semoga YBhg. Dato’ Ir. terus diberikan kesihatan yang baik, kekuatan serta kecemerlangan dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Ikhlas daripada,
Jurutera Daerah dan Seluruh Warga JKR Daerah Yan
Sumber : ICT JKR Daerah Yan