

Jambatan Dulang di Daerah Yan merupakan projek seliaan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Lokasi jambatan pada koordinat 5.846334, 100.384505, sebagaimana yang tertera pada papan tanda ‘HAD PENYENGGARAAN JALAN’.
Sebagai langkah proaktif, JKR Daerah Yan telah menyalurkan semua aduan yang diterima daripada orang awam kepada pihak JPS untuk tindakan lanjut.
Sehubungan itu, sebarang aduan, pertanyaan atau cadangan berkaitan laluan tersebut hendaklah disalurkan terus kepada pihak JPS melalui saluran rasmi yang disediakan.
JKR Daerah Yan menghargai keprihatinan orang ramai terhadap isu keselamatan jalan raya. Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih sebelum membuat sebarang perkongsian di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan.
📍 Lokasi: 5.846334, 100.384505
🏛️ Agensi Penyelenggara: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
📞 Saluran Aduan JPS: 04-702 5522
Sekian, terima kasih.
Jabatan Kerja Raya Daerah Yan
“Delivery Is Our Priority”
SUMBER: ICT JKR Daerah Yan
#iamJKR
#JKRKedah
#JPSKedah
#JPSPutrajaya
#JPSMalaysia
#KementerianKerjaRaya
#JabatanKerjaRayaMalaysia ( Public Work Department )