NOTIS MAKLUMAN KERJA-KERJA SENGGARA JALAN PERSEKUTUAN FT252 JALAN GUNUNG JERAI

‼️ HEBAHAN AWAM ‼️

NOTIS MAKLUMAN KERJA-KERJA SENGGARA JALAN PERSEKUTUAN FT252 JALAN GUNUNG JERAI

Pihak berkuasa ingin memaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa laluan FT252 Jalan Gunung Jerai, Seksyen 3.30 – 11.00 (The Jerai Hill Resort, Yan, Kedah Darul Aman) akan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja senggaraan jalan dilaksanakan.

📅 TARIKH:
19 Ogos 2026 (Rabu) hingga 5 Oktober 2026 (Isnin)

📍 LALUAN TERLIBAT:
FT252 Jalan Gunung Jerai, Seksyen 3.30 – 11.00
(The Jerai Hill Resort, Yan, Kedah Darul Aman)

🚧 Penutupan laluan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh kerja-kerja senggaraan dijalankan.

Kerjasama semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam, di samping melancarkan pelaksanaan kerja-kerja senggaraan.

Orang ramai dimohon untuk mematuhi arahan petugas di lokasi serta merancang perjalanan dengan sewajarnya.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama, sokongan dan pemahaman semua pihak.

Sila pandu dengan berhati-hati.
Utamakan keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain.

SUMBER : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR
JKR Kedah
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )