PELAWAAN SISTEM PENGGILIRAN KERJA LANTIKAN TERUS BAGI JKR DAERAH YAN, KEDAH (PERUNTUKAN STATE DAN FEDERAL) KEPADA KONTRAKTOR YANG BERKELAYAKAN DI NEGERI KEDAH (G1)

πŸ“’ HEBAHAN PENDAFTARAN SISTEM PENGGILIRAN KERJA LANTIKAN TERUS JKR DAERAH YAN

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan ingin memaklumkan kepada kontraktor yang berkelayakan berhubung pendaftaran Sistem Penggiliran bagi Kerja Lantikan Terus di JKR Daerah Yan.

Sistem penggiliran ini dibuka kepada kontraktor yang memenuhi syarat, antaranya mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Kod Bidang CIDB ; B04 dan CE21, di samping mempunyai rekod kerja yang bersih daripada agensi-agensi Kerajaan.

πŸ“ Pendaftaran Kontraktor

Kontraktor yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui Google Form yang disediakan oleh JKR Daerah Yan (sila imbas kod QR seperti yang tertera pada Iklan).

πŸ“… Tempoh Pendaftaran:
07 September 2026 (Isnin) hingga 20 September 2026 (Ahad)

⚠️ PENTING:
β€’ Pendaftaran berganda (melebihi satu pendaftaran) akan ditolak serta-merta.
β€’ Kontraktor yang tidak membuat pendaftaran adalah tidak layak menyertai sistem penggiliran.
β€’ Kontraktor yang telah membuat pendaftaran secara atas talian diwajibkan hadir pada tarikh dan masa penentuan giliran.

🎯 Penentuan Giliran

πŸ“… Tarikh: 06 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Dato’ Madi

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.

Sebarang perubahan masa adalah tertakluk kepada kelancaran sistem pada hari tersebut.

Kerjasama dan perhatian daripada semua kontraktor yang berkelayakan amatlah dihargai bagi memastikan pelaksanaan Sistem Penggiliran Kerja Lantikan Terus JKR Daerah Yan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

“Delivery is Our Priority”

SUMBER : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR
JKR Kedah
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )