NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMENTARA FT252 JALAN GUNUNG JERAI SEKSYEN 0.00KM – 11.00KM SEMPENA PENGANJURAN “LE TOUR DE LANGKAWI 2026”

🚧 NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMENTARA FT252 JALAN GUNUNG JERAI SEKSYEN 0.00 KM – 11.00 KM SEMPENA PENGANJURAN “LE TOUR DE LANGKAWI 2026”

Sempena penganjuran Le Tour De Langkawi 2026, Jabatan Kerja Raya Daerah Yan ingin memaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa laluan ke Puncak Gunung Jerai (FT252: Seksyen 0.00 KM – 11.00 KM) akan ditutup sementara seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang
🚧 Laluan Terlibat: Jalan Gunung Jerai (FT252: Seksyen 0.00 KM – 11.00 KM)

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi papan tanda dan arahan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan tersebut. Penutupan ini adalah perlu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran sepanjang kejohanan berlangsung.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Segala perhatian dan kerjasama daripada orang ramai amat dihargai.

SUMBER : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR
JKR Kedah
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Le Tour de Langkawi 2026