SISTEM PENGGILIRAN KERJA LANTIKAN TERUS BAGI JKR DAERAH YAN, KEDAH (PERUNTUKAN STATE DAN FEDERAL) KEPADA KONTRAKTOR YANG BERKELAYAKAN DI NEGERI KEDAH (G1)

📋 SISTEM PENGGILIRAN KERJA LANTIKAN TERUS JKR DAERAH YAN

6 Oktober 2026 | JKR Daerah Yan, Kedah

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan telah melaksanakan Sistem Penggiliran Kerja Lantikan Terus pada 6 Oktober 2026 sebagai satu mekanisme pengundian bagi menentukan turutan giliran kontraktor yang berdaftar dan layak untuk dipertimbangkan bagi kerja-kerja lantikan terus di JKR Daerah Yan.

Program dimulakan dengan pengesahan kehadiran dan pendaftaran kontraktor pada jam 8:30 pagi, diikuti ucapan Jurutera Daerah JKR Daerah Yan, Ir. Norashikin Binti Haron serta sesi perasmian undian.

Seterusnya, proses pengundian dilaksanakan menggunakan kaedah digital Wheel of Name bermula jam 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari. Kaedah ini dilaksanakan bagi memastikan proses penentuan nombor giliran dapat dijalankan secara teratur dan telus.

Sistem ini dipengerusikan oleh Jurutera Daerah, Ir. Norashikin Binti Haron, bersama Jurutera Bangunan, Mohammad Nazmi Bin Adnan serta barisan urusetia JKR Daerah Yan.

JKR Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua kontraktor yang telah hadir serta memberikan kerjasama sepanjang pelaksanaan sistem penggiliran ini.

Segala salah dan silap serta kekurangan sepanjang pelaksanaan program ini amat dikesali. **Pihak JKR Daerah Yan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap agar segala kekurangan, salah dan silap dapat dimaafkan.**

Semoga pelaksanaan sistem ini dapat terus diperkemas dari semasa ke semasa bagi memastikan urusan kerja lantikan terus dilaksanakan dengan **teratur, telus, adil dan berintegriti.**

📌 MAKLUMAN

Keputusan dan senarai penuh nombor giliran kontraktor berdasarkan undian Wheel of Name akan dipaparkan dan dimaklumkan kepada pihak kontraktor pada esok hari, 7 Oktober 2026.

Kerjasama dan kesabaran semua pihak amat dihargai.

“Delivery is Our Priority”

SUMBER : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR
JKR Kedah
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )