PENYERTAAN WARGA JKR DAERAH YAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 ANJURAN MAJLIS DAERAH YAN
YAN, 8 OKTOBER 2026 (KHAMIS) – Jurutera Daerah serta warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan telah menyertai Program Fit & Fun: Sukan Antara Jabatan anjuran Majlis Daerah Yan yang berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Madi, Yan, Kedah.
Program ini melibatkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi, antaranya pertandingan karom, congkak, dam aji, mewarna dewasa dan cabaran sukaneka. Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama antara jabatan.
Penyertaan warga JKR Daerah Yan dalam program ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong inisiatif pembudayaan gaya hidup aktif dan sihat, di samping memperkukuh semangat berpasukan dalam kalangan penjawat awam.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Yan atas penganjuran program ini.
SUMBER : ICT JKR Daerah Yan