YAN, KEDAH | 3 NOVEMBER 2026 (SELASA)
JKR Daerah Yan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia, khususnya Bahagian Perkhidmatan Mekanikal, atas penghantaran dan penyerahan sebuah jentera Backhoe Loader kepada JKR Daerah Yan pada 3 November 2026.
Penerimaan jentera ini merupakan satu kemudahan penting dalam memperkukuh keupayaan operasi serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan infrastruktur di bawah tanggungjawab JKR Daerah Yan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan perolehan, penyelarasan dan penghantaran jentera ini.
Semoga kemudahan yang diterima dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan kelancaran pelaksanaan tugas dan tanggungjawab JKR Daerah Yan.
Sumber : ICT JKR Daerah Yan