Kulim, 20 Februari 2025, Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Projek Siap bertempat di Maahad Tahfiz Sains Darulaman, Kulim, Kedah.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman serta dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Pelanggan Dan Agensi Kerajaan yang terlibat turut dihadiri Oleh Jurutera Daerah, Ir. Yulinar Bt Ismail dan dianjurkan oleh JKR Kulim/Bandar Baharu. Taklimat Penyerahan Projek disampaikan YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah serta menandatangani dokumen penyerahan serta diserahkan kepada Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah . Projek ini dibiayai sepenuhnya peruntukan Kerajaan Negeri Dan berjaya disiapkan secara 6 in 1 termasuk memperolehi penilaian Qlassic oleh CIDB.