MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA SEMULA MASJID SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN MASJID KAMPUNG TONG PELU, DAERAH PADANG TERAP, KEDAH DARUL AMAN

Majlis Penyerahan Projek ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Julai 2024 (Ahad) bertempat di Tapak Projek Masjid Kampung Tong Pelu. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Ybrs Ir Mohd Fisal Bin Ismail selaku wakil JKR Negeri Kedah kepada YBrs. Pn Zaiton Binti Yahya, Pengarah Pembangunan Negeri Kedah.
Pelaksanaan projek ini adalah secara konvensional. Jurutera Daerah JKR Padang Terap/Pokok Sena yang dilantik sebagai Pegawai Penguasa (PP). Setinggi – tinggi penghargaan ditujukan kepada HOPT, Bahagian Bangunan IP JKR Kedah.HODT yang terdiri daripada HODT Arkitek, HODT Awam & Struktur, HODT Ukur Bahan, HODT Elektrikal dan HODT Mekanikal. Pasukan yang sama ini juga merupakan WPP di JKR Negeri Kedah iaitu WPP Utama, WPP Arkitek, WPP Ukur Bahan, WPP Elektrikal dan WPP Mekanikal yang komited dalam merialisasikan projek ini.
Tahniah juga pihak kontraktor yang melaksanakan projek ini iaitu Ahmad Maher Resources Sdn Bhd selaku Kontraktor utama, Mazhar Jaya Enterprise selaku kontraktor NSC Elektrikal dan Four Time Engineering selaku kontraktor NSC Mekanikal.
Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 6 dalam 1 iaitu:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
3. Penyiapan As Built Drawing
4. Zero Major Defect
5. Lost Time Injuries
6. Penjimatan Kos Kontrak