PROJEK MENYIAPKAN BAKI KERJA UNTUK MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA MASJID MUADZAM SHAH DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KUALA NERANG, DAERAH PADANG TERAP, KEDAH (TAWARAN SEMULA)

📅 07 Julai 2025 (Isnin)
📍 Projek Menyiapkan Baki Kerja Untuk Meroboh Dan Membina Semula Masjid Muadzam Shah Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kuala Nerang, Daerah Padang Terap, Kedah (tawaran semula)
LAWATAN TAPAK OLEH YBHG. DATO’ HAJI MOHAMMAD YUSOFF @ MUNIR HAJI ZAKARIA
YBhg. Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Menyiapkan Baki Kerja untuk Meroboh dan Membina Semula Masjid Muadzam Shah serta kerja-kerja berkaitan (Tawaran Semula) yang terletak di Kuala Nerang, Daerah Padang Terap, Kedah.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemajuan semasa projek di tapak serta memastikan pelaksanaan kerja berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Setakat ini, kemajuan kerja di tapak menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dan berjalan lancar melebihi daripada perancangan asal. Ini mencerminkan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini disiapkan dengan jayanya.
Pihak JKR sentiasa komited dalam memastikan setiap projek pembinaan dilaksanakan dengan cekap, berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.