
ππππππ: ππ.ππ.ππππ | ππππππ
ππππππ ππππππππ ππππππππππππ πππππππππ (πππ) ππππππππππππ ππππ ππππππ πππππ ππππ
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Negeri, bertempat di Dewan Seri Mentaloon.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh βSetiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Datoβ Seri Haji Norizan bin Khazali.
Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datoβ Dr. Nadzman Mustaffa; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datoβ Mohd Fauzi Mustaffa; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datoβ Muhamad Mahazi Ibrahim serta Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Sharhida Nazuha Saad.
Turut hadir Pengarah JKR Negeri Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail.
Seramai 363 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Tahun 2025 yang terdiri daripada 13 orang Pegawai Tadbir Negeri serta 350 orang pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dari pelbagai Jabatan.
Pengiktirafan ini diberikan sebagai tanda penghargaan atas jasa, komitmen dan dedikasi tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh perkhidmatan.
Tahniah kepada penerima APC JKR Padang Terap / Pokok Sena:
β’ Tuan Ir. Ts. Shamsul bin Abd Manaf
β’ En. Absyarizat bin Abdul Wahab
β’ Pn. Nurul Atikah binti Mohamad Yusri
β’ En. Mohamad Zulfaqar Syafiq bin Zainal Annuar
β’ En. Ariff Farhan bin Zainal Abidin
β’ En. Sabri bin Mohd Shukri
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan serta berkhidmat dengan terbaik demi rakyat dan Negeri Kedah.