PENGAUDITAN ARAHAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN 2023 OLEH JABATAN AUDIT NEGARA

Pengauditan Arahan Pembayaran Bagi Tahun 2023 oleh Jabatan Audit Negara sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama.
Semua Ketua Bahagian dan PIC yg terlibat hadir ke pembukaan audit oleh Tuan Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar Ir.Isnil Badril bin Ismail pada jam 8.45 pagi.
Tuan Jurutera Daerah mengucapkan Selamat Datang kepada Juruaudit terdiri daripada:-
1)Pn. Nurini binti Ayob (Ketua)
2)Pn. Rashidah binti Zahari
3)En. Faiz bin Abdul Hamid
4)Pn. Ku Nurina binti Ku Ahmad.
Ketua Bahagian Pentadbiran Puan Rahayu bt. Abdul Rahman PCK akan membantu pengaudit semasa menjalankan tugas auditan.
Pengaudit semua akan mengaudit pembayaran bermula hari ini sehingga
23hb Januari 2024.