𝓢𝓮𝓴𝓪𝓵𝓾𝓷𝓰 𝓑𝓾𝓭𝓲 𝓭𝓪𝓷 𝓢𝓮𝓳𝓪𝓶𝓫𝓪𝓴 𝓚𝓪𝓼𝓲𝓱

🌿 Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih 🌿

Jurutera Daerah serta warga JKR Daerah Yan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan staf yang berpindah sepanjang berkhidmat di jabatan ini.

Sekalung Budi dan Sejambak Kasih diucapkan kepada Mohd Afendy Bin Ismail yang berpindah ke JKR Daerah Kuala Muda dan berkuat kuasa pada 5 Januari 2026.

📜
Pohon selasih tumbuh merimbun,
Daunnya hijau menambah seri.
Budi dikenang jasa disanjung,
Ikhlas ditabur kekal di hati. 💐

📜🌿
Padi dituai di hujung bendang,
Beras disimpan bekalan hari.
Walau berpisah membawa pandang,
Silaturahim kekal dihati. 🌾

Terima kasih atas segala khidmat bakti dan kenangan yang ditinggalkan.

Semoga terus cemerlang serta menabur bakti dengan penuh dedikasi dan integriti di tempat baharu. 🌸

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah