KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGARAH PENJARA NEGERI KEDAH TAHUN 2026


YAN, 6 Julai 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan telah menyertai Kejohanan Badminton Piala Pengarah Penjara Negeri Kedah Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 6 Julai 2026 (Isnin).

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara Negeri Kedah ini melibatkan penyertaan lima pasukan iaitu Penjara Alor Setar, Penjara Sungai Petani, Penjara Pokok Sena, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan telah berjaya merangkul gelaran Johan, manakala Penjara Alor Setar muncul sebagai Naib Johan. Tempat ketiga bersama pula disandang oleh Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memupuk budaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam kalangan warga jabatan, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara jabatan serta agensi yang terlibat.

Penyertaan JKR Daerah Yan dalam kejohanan ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong aktiviti sukan dan kesejahteraan warga kerja di samping memperluaskan jaringan kerjasama bersama agensi luar.

Sumber : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR