AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) 2026

๐Ÿ“Œ AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) 2026

Telah berlangsung Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) bagi Jabatan Kerja Raya Daerah Yan Tahun 2026 pada:

๐Ÿ“… 3hb September 2026 (Khamis)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 3.30 petang
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya Daerah Yan, Kedah

Pelaksanaan audit ini merupakan salah satu usaha bagi memastikan pengurusan perjawatan dan organisasi dilaksanakan dengan teratur, cekap serta mematuhi ketetapan yang ditetapkan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ir. Norashikin binti Haron, Jurutera Daerah JKR Daerah Yan, dan turut dihadiri oleh Ts. Nur Dhamirah binti Abdul Rahman selaku Jurutera Fasiliti/Jalan JKR Daerah Yan, Mohammad Nazmi bin Adnan selaku Jurutera Bangunan JKR Daerah Yan, serta pasukan audit dan warga kerja JKR Daerah Yan yang terlibat dalam pelaksanaan audit berkenaan.

Semoga pelaksanaan Audit AKPO ini dapat memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi secara berterusan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi memastikan pelaksanaan Audit AKPO ini berjalan dengan lancar.

“Delivery is Our Priority”

SUMBER : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR
JKR Kedah
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )