CPAB

Organisasi

CPAB & Korporat

Pengenalan:

Bahagian Korporat terletak di Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, JKR Kedah dan diterajui oleh Jurutera Awam Penguasa (JAP) serta dibantu oleh 13 orang kakitangan.

  1. Jurutera Awam Penguasa –     1
  2. Jurutera    –      2
  3. Penolong Jurutera     –      7
  4. Pembantu Am   –     3

Objektif Bahagian Korporat

  1. Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan Atasan JKR Kedah.
  2. Penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, teknologi perhubungan serta sumber maklumat yang terkini.
  3. Pembangunan dan pengurusan sistem kerja sumber manusia yang terancang.

Objektif Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

  1. Meningkatkan daya saing JKR. Memastikan aset infrastruktur berfungsi dengan sempurna dan selesa.
  2. Mengekalkan kefungsian aset infrastruktur bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai pusingan hayat yang optimum.
  3. Memastikan perkhidmatan pengurusan projek dan penyenggaraan infrastruktur yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Fungsi Bahagian Korporat

  1. Mengurus dan menyelaras Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) termasuk SPK, SPKKP, SPT, SPAS dan SPAR.
  2. Pengurusan sumber manusia Pegawai Pengurusan & Profesional, termasuk merancang, mengenalpasti dan melaksana latihan teknikal dan kompetensi sokongan.
  3. Mengurus, mengendali dan memberi khidmat sokongan sumber dan latihan.
  4. Menyelaras perlaksanaan ISO 9001: 2015 (QMS 01668), ISO 14000: 2015 (EMS 00227) dan ISO 45001: 2018 (OSH 00604), termasuk menjalankan Audit Dalaman.

Fungsi Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

  1. Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) Ibu Pejabat JKR dalam memantau pelaksanaan Pengurusan Projek .
  2. Memberi khidmat perundingan dan nasihat teknikal kepada JKR Negeri dalam pengurusan projek di peringkat negeri dan daerah.
  3. Mengurus pembangunan kompetensi dalam Amalan Terbaik Pengurusan Projek di peringkat negeri dan daerah.
  4. Memastikan pelaksanaan Amalan Terbaik Pengurusan Projek dalam projek-projek JKR di peringkat negeri dan daerah.
  5. Mengkaji dan mencadangkan keperluan sumber manusia bagi pelaksanaan projek di peringkat negeri dan daerah.
  6. Melaksanakan kawalan projek di peringkat negeri dan daerah melalui kaedah pemantauan dan pelaporan dengan menggunakan sistem dan aplikasi terkini (cth: SKALA, Dashboard, dsb)
  7. Menilai dan melapor pencapaian KPI dan inisiaif Kerangka Strategik JKR berkaitan pengurusan projek di peringkat negeri dan daerah.
  8. Mengurus pelaksanaan program Project Health Check (PHC) dan Intervensi di peringkat negeri dan daerah.
  9. Melaksanakan analisis dan kajian melalui Pelaporan Nilai (Value Reporting) di peringkat negeri dan daerah.
  10. Mengumpul dan melapor maklumat berkaitan pengurusan projek mengikut keperluan SSR.
  11. Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Penjadualan Kerja JKR Negeri .
  12. Bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Problem Solving Governance (PSG) JKR Negeri.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi halaman Cawangan Aset Bersepadu (CPAB)  dan Bahagian Korporat JKR Negeri Kedah.

CPAB memainkan peranan penting dalam pengurusan aset infrastruktur, memastikan kecekapan projek dan pemeliharaan yang bersepadu bagi menyokong pembangunan negara. Manakala Bahagian Korporat pula bertanggungjawab dalam penyelarasan strategi organisasi, pembangunan sumber manusia, serta memastikan sistem kerja yang berkualiti dan inovatif bagi memperkukuhkan keupayaan JKR sebagai institusi teknikal utama negara.

Kedua-dua Bahagian ini saling melengkapi dalam memastikan perkhidmatan JKR terus berdaya saing dan member impak yang terbaik kepada rakyat serta negara.

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat memberi manfaat dan menyalurkan maklumat yang berinformatif kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Ir. Ts. SHAFIZ SHAM BIN HJ. MD. NOR, ACPE
Jurutera Awam Penguasa Cawangan Aset Bersepadu & Bahagian Korporat
JKR Negeri Kedah Darul Aman.

 

Tarikh Kemaskini : 28.04.2025

Direktori Bahagian CPAB & Korporat

BIL NAMA JAWATAN NO. TEL PEJABAT (04-729)
1 Ir. Ts. Shafiz Sham Bin Hj. Md Nor Jurutera Awam Penguasa J13 7247
2 Megat Mohd Yasier Bin Megat Ghazali Jurutera Mekanikal J10 7248
3 Ir. TS. ZULHAIMI BIN ABDULLAH Jurutera Elektrik J9 7249
4 Lim Choon Bee Penolong Jurutera Awam JA6 7242
5 Che Noranisah Binti Abu Bakar Penolong Jurutera Awam JA5 7251
6 Norhalifah Binti Ramlee Penolong Jurutera Awam JA5 7250
7 Zeti Herlina Binti Mohamad Penolong Jurutera Elektrik JA5 7250
8 Shuhaimi Bin Yaakob Penolong Jurutera Awam JA5 7243
9 Noriyah Binti Ishak Penolong Jurutera Awam JA5 7244
10 Ruslinawati Binti Abdul Wahab Penolong Jurutera Elektrik JA5 7245
11 Mohd. Arif Mustaqim Bin Mohd. Desa Pembantu Khidmat Am H1 7246
12 Syed Fazlan Bin Syed Abd. Malek Pembantu Khidmat Am H1 7253
13 Tan Gim Hong Pembantu Khidmat Am H1 7171

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu & Korporat
JKR Negeri Kedah,
Aras 5, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-7297246
Faks: 04-7297262/7266