CKM

Organisasi

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Objektif 
  • Menyiapkan kerja reka bentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

  • Menyerahkan projek sistem rriekanikal yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

  • Melaksanakan kerja penyelenggaran sistem mekanikal, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

  • Menguruskan asset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan JKR yang dapat memenuhi keperluan semasa jabatan.

  • Menyediakan khidmat runding teknikal berhubung dengan bidang kejuruteraan mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan tepat dan cepat.


Fungsi 
 

Penyenggaraan pencegahan dan pembetulan ke atas :

  • Loji / Kenderaan Berat

  • Perkhidmatan mekanikal dalam bangunan.

  • Menyediakan rekabentuk dan spesifikasi bagi perkhidmatan mekanikal dalam bangunan dan penilaian tawaran-tawaran berkenaan.

  • Mengawasi pemasangan peralatan mekanikal di projek-projek.

  • Memeriksa dan menyediakan laporan kerosakan ke atas kenderaan kerajaan yang terlibat dalam kemalangan.

  • Mengurus pembelian kenderaan, jentera berat dan alat kelengkapan jentera untuk JKR Kedah.

  • Memeriksa kenderaan dim jenteta berat untuk :

– Sijil PE
– Urusan lembaga Pemeriksa
– Menaksirkan nilai kenderaan terpakai bagi pinjaman kenderaan, rampasan kastam dll.
 
  • Menguruskan persiapan perayaan rasmi Kerajaan Negeri Kedah.

  • Memberi khidmat runding & dan nasihat teknik kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan.

  • Menyediakan tempat bagi latihan amali / industri bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada JKR Kedah yang telah merealisasikan laman web baru dengan melangkah ke arah matlamat sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama.

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang lebih efisien, CKM JKR Kedah sedia membantu pelanggan kami bagi mencapai matlamat dasar dan menyalurkan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi yang lebih effektif dan strategik. CKM JKR Kedah juga menyediakan Perundingan Teknikal, Perkhidmatan Pengurusan Aset dan Projek.

Laman Web ini diwujudkan adalah bertujuan memudahkan penyebaran maklumat yang konsisten kepada pelanggan.  Ini juga dapat  membina dan memelihara hubungan yang baik dengan pelanggan dan masyarakat.

Akhir kata, saya berharap dengan lahirnya Laman ini dapat membantu merapatkan lagi Warga CKM JKR Kedah dengan Warga JKR Negeri Kedah dan juga warga JKR di seluruh Malaysia serta Organisasi luar.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif dari Warga CKM JKR ataupun pelanggan kami bagi memantapkan lagi laman web ini untuk manfaat semua pihak.

Sekian, terima kasih kerana melayari laman web JKR Negeri Kedah.   

MOHD FAIZUL BIN MAHDZAN
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri
JKR Negeri Kedah Darul Aman.

 

 

Tarikh Kemaskini: 19.03.2025

 

Direktori Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

BIL NAMA JAWATAN NO. TEL PEJABAT (EXT)
1 Mohd Faizul bin Mahdzan Ketua Jurutera Mekanikal Negeri (J13) 04-7338101
2 Ir. Mohd Hafizal bin Maton Jurutera Mekanikal Kanan (J12) 04-7338141
3 Ts. Mohamad Nazrin bin Yahaya Jurutera Mekanikal (J10) 04-7338110
4 Zul’aizat bin Md Salleh Jurutera Mekanikal (J10) 04-7338131
5 Ir. Ts. Mohd Khairul Hamzi bin Mhd. Jamin Jurutera Mekanikal (J10) 04-7338148
6 Azizul bin Ahmad Jurutera Mekanikal (J10) 04-7338142
7 Azman bin Solahuddin Jurutera Mekanikal (J10) 04-7338144
8 Rofiah binti Hamidi Pembantu Tadbir (P/O)  (N2) 04-7338118
9 Azmadi bin Abd Hamid Pembantu Tadbir (Kew) (W2) 04-7338122

Tarikh Kemaskini : 19.03.2025

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Negeri Kedah,
Jalan Emas, Kampung Gunung Sali,
05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-7338611/8913
Faks: 04-7330940