BKUB

Organisasi

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan

Fungsi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
 
KHIDMAT UTAMA BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
  • Peranan dan khidmat utama Bahagian Kontrak & Ukur Bahan di JKR Kedah adalah untuk memberi khidmat pakar dalam perlaksanaan projek khususnya :-

  • Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan di peringkat Pra Kontrak yang berkualiti dan disiapkan mengikut Jadual Perlaksanaan Projek

  • Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan di peringkat Pos Kontrak yang berkualiti dan menepati Syarat-syarat Kontrak.

  • Urusetia Peringkat JKR Kedah.

 

PERINGKAT PRA KONTRAK

  • Menyediakan/Menyemak Dokumen Tender

  • Menyediakan/Menyemak Anggaran

  • Menguruskan Perolehan Tender

  • Membuat Penilaian Tender

  • Melaksanakan Audit Teknikal

  • Merundingkan Harga Kontrak


PERINGKAT POS KONTRAK

  • Menyediakan/Menyemak Dokumen Kontrak

  • Menilai/Menyemak Bayaran Interim dan Perubahan Kerja

  • Memberi Khidmat Sokongan dan Nasihat dalam Pentadbiran Kontrak

  • Melaksanakan Audit Teknikal

  • Menyediakan/Menyemak Perakuan Muktamad

  • Menilai dan Memperakukan Tuntutan Kontrak

 

URUSETIA PERINGKAT JKR KEDAH

  • Urusetia Jawatankuasa Tender

  • Urusetia Jawatankuasa Perunding

  • Urusetia Pekeliling Pengarah JKR Kedah

  • Urusetia Jawatankuasa APK / KKS

  • Mengadakan perkhidmatan Ukur Bahan yang efektif untuk memastikan projek-projek Kerajaan dilaksanakan dengan adil, efisyen dan dengan kos sepadan dengan nilai yang diperolehi.

  • Mengadakan garispanduan dan prosidur pentadbiran tender dan kontrak yang teratur dan berkesan supaya dapat menentukan setiap projek yang dilaksanakan oleh JKR berjalan dengan adil dan efisyen serta memenuhi ciri-ciri `public accountability’.


Objektif Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
 
Menjadi pusat kos dan pentadbiran tender dan kontrak yang utama dan berkesan dalam melaksanakan projek-projek binaan kerajaan :-
 
  • Selaras dengan objektif JKR yang menekankan kepada jangkamasa secepat yang mungkin, kecekapan sistem pengurusan tender dan pentadbiran kontrak akan dapat membantu menyingkatkan jangka masa pelaksanaan sesuatu kontrak.

  • Kos yang seimbang dan adil pada memastikan perbelanjaan ke atas sesuatu kontrak ciri-ciri `public accountability’ dan menjamin keutuhan dan kepentingan Kerajaan untuk mendapat kos yang ekonomik dan mengelakkan kos yang berlebihan (cost overun).

  • Pengukuran yang tepat dapat menghasilkan senarai kuantiti yang berkualiti yang dijadikan asas kepada pengiraan anggaran kos projek dan harga tawaran kontraktor. Ini akan menghasilkan kos yang ekonomik tanpa tuntutan dari kontraktor akibat dari pengukuran yang kurang tepat.


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera

Ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada pegawai dan kakitangan yang berusaha menyediakan laman web JKR Kedah Darul Aman. Dengan adanya laman web ini, saya harap ia dapat membantu pelayar laman web mendapatkan gambaran sebenar peranan dan khidmat selia yang ada di Bahagian ini.

 
Peranan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan diwujudkan selaras dengan Piagam Pelanggan iaitu untuk memberikan perkhidmatan pentadbiran kontrak yang lebih efektif, efisyen dan adil bagi memastikan bahawa projek-projek Kerajaan yang dikendalikan di Negeri Kedah Darul Aman dapat dilaksanakan dengan kos yang ekonomik, relevan dan berpatutan.
 
Selain daripada memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan yang konsisten dan berdaya saing selaras dengan peraturan dan arahan perbendaharaan dan jabatan, kami juga berusaha melaraskan prosedur-prosedur dan garispanduan kontrak selaras dengan kehendak semasa Kerajaan agar ianya menjadi lebih berkualiti dan sempurna dari segi kontraktual dan prosedur. Ini juga merangkumi khidmat nasihat, perjanjian dan bayaran perkhidmatan perunding.
 
Dalam menetapkan kualiti dan perkhidmatan yang terbaik, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan juga menggunapakai dan mengamalkan asas Piagam Pelanggan, Surat Pekeliling, Garis Panduan dan MS ISO 9001 sebagai satu penjanaan dalam memenuhi kehendak-kehendak pelanggan agar mereka sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
 
Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan yang telah berusaha memberi sumbangan dan kerjasama yang gigihnya ke arah mencapai matlamat yang gemilang bahagian ini.
 
Sekian.
 
Sr ZANIROH BINTI MAT SAAD @ JAAFAR
Juruukur Bahan Penguasa
JKR Negeri Kedah Darul Aman.

Dikemaskini pada : 11.03.2026

Direktori Bahagian Kontrak & Ukur Bahan

BIL NAMA JAWATAN NO. TELEFON PEJABAT (04-702)
1 Sr Zaniroh binti Mat Saad @ Jaafar Juruukur Bahan Penguasa J13 4501
2 Sr Syahir Azfar Bin Mohd Noor Juruukur Bahan Kanan J12 4502
3 Bibi Surya Binti M. Nasir Ahmad Juruukur Bahan J10 4505
4 Sr Noorulhusna Binti Hashim Juruukur Bahan J9 4504
5 -KOSONG- Juruukur Bahan J9 4503
6 Sr Noramin Bin Amran Penolong Juruukur Bahan JA7 4515
7 Mohamad Firdaus bin Ahmad Penolong Juruukur Bahan JA6 4507
8 Nurul Wahida Binti Mohd Azmee Penolong Juruukur Bahan JA6 4508
9 Mohd Ghazni Bin Shariff Penolong Juruukur Bahan JA5 4510
10 Sahfezaa binti Saadan Penolong Juruukur Bahan JA5 4514
11 Nur Zulaikha Binti Rusmuni Penolong Juruukur Bahan JA5 4511
12 Rohani binti Ramli Penolong Juruukur Bahan JA5 4512
13 Noor Shafiqah binti Mohd Kasim Penolong Juruukur Bahan JA5 4513
14 Siti Marliza binti Ibrahim Penolong Juruukur Bahan JA5 4509
15 Nur Afiqah binti Mohd Bashir Penolong Juruukur Bahan JA5 4506
16 YM Raja Noorlyza Binti YM Raja Suloong Pembantu Tadbir N3 4518
17 Mohamad Anwar Bin Abd Hamid Pembantu Tadbir N1 4516
18 Nazira Binti Mohd Nazir Pembantu Tadbir N1 4517
19 Mohd Amirruddin bin Noorraziff Pembantu Khidmat Am H1 4519
20 Siti Salwa binti Zakaria Pembantu Khidmat Am H1 4520
21 Nurul Sabariyah binti Masood Pembantu Khidmat Am H1 4519

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
JKR Negeri Kedah,
Aras 1, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-7024520