Organisasi
PENGENALAN
~ Bahagian Jalan merupakan salah satu tunjang utama di dalam Organisasi Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merangka satu sistem perhubungan dan rangkaian jalan raya yang sempurna, lengkap dan selamat serta ekonomik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan dasar pembangunan negara dan negeri. Penyediaan rangkaian jalan raya yang sempurna dan efisyen akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kawasan yang belum ada rangkaian jalan raya serta membuka dan membangun kawasan baru.
OBJEKTIF
- Mengadakan Infrastruktur Jalan serta jambatan sekitar negeri bagi memenuhi keperluan-keperluan pembangunan negara.
- Menyelaras pembangunan jalan di peringkat rekabentuk melibatkan peruntukan Persekutuan , Luar Bandar serta Negeri bagi mengadakan hubungan ke kawasan – kawasan yang membangun.
- Menentukan jalan serta jambatan yang sedia ada disenggara, dibaikpulih dan ditingkatkan mutu dengan sempuirna untuk perjalanan yang selamat dan selesa .
- Meneliti,menyemak dan meluluskan permohonana – permohonan pembangunan tepi jalan.
- Menerima dan menyelaras maklum balas aduan pelanggan / orang awam.
FUNGSI
- Memantau projek-projek pembangunan jalan dan jambatan bagi Kerajaan Persekutuan , Luar bandar dan Negeri.
- Menyenggara jalan raya dan jambatan supaya sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat kepada pengguna sepanjang masa.
- Menaiktaraf jalan-jalan sedia ada terutamanya dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan.
- Menyemak dan memberi ulasan ke atas permohonan-permohonan pembangunan daripada sektor swasta yang melibatkan jalan-jalan JKR.
- Sebagai penasihat teknikal kepada Kerajaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan.
- Menjalankan kerja-kerja banci dan lalu lintas kebangsaan dan kajian ke atas keselamatan jalan raya

Bismillahirrahmanirrahim,
Selamat datang ke Laman Web Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman.
Syukur kehadrat Allah S.W.T, Bahagian Jalan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah turut diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama menjayakan laman web JKR Kedah ini. Saya selaku Jurutera Awam Penguasa Bahagian Jalan ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengalu – alukan semua pengunjung yang melayari laman Web JKR Negeri Kedah yang telah dibaikpulih ini dengan harapan ianya sedikit sebanyak akan memberi manfaat samaada secara langsung ataupun tidak langsung kepada bahagian Jalan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah banyak memberikan sumbangan, sokongan dan komitmen yang tinggi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk penambahbaikan laman web ini khususnya bagi Bahagian Jalan JKR Negeri Kedah.
Penjawat awam perlu memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan kemajuan teknologi yang kini semakin pantas membangun. Justeru, penggunaan laman web dalam proses kerja semasa Jabatan Kerja Raya dapat meletakkan jabatan ini sebaris dengan jabatan-jabatan lain dan juga sektor swasta.
Dengan adanya laman web ini, ianya akan dapat memudahkan dan mempercepatkan segala urusan Jabatan secara maya khususnya dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti-aktiviti Jabatan kepada pelanggan dan orang awam.
Akhirnya diucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan Laman Web ini.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”
Jurutera Awam Penguasa Jalan
JKR Negeri Kedah Darul Aman.
Direktori Bahagian Jalan
BIL | NAMA | JAWATAN | NO. TELEFON PEJABAT (04-729) |
1 | Muhammad Yusri Bin Hamid | Jurutera Awam Penguasa J13 | 7135 |
2 | Noor Faizah Binti Talib | Jurutera Awam Kanan J12 | 7136 |
3 | Ir. Ts. Umadevi A/P Ragoo Nathar | Jurutera Awam J10 | 7137 |
4 | Jaffar Bin Mhd Yunus | Jurutera Awam J10 | 7138 |
5 | Nurul Izza Binti Hussin | Jurutera Awam J10 | 7139 |
6 | Ts. Nur Adilah Binti Nor Azlan | Jurutera Awam J9 | 7140 |
7 | Zuraida Binti Che Ani | Penolong Jurutera JA7 | 7141 |
8 | Noor Putera Bin Md Zainol | Penolong Jurutera JA6 | 7142 |
9 | Shahrol Nizam Bin Abd Razak | Penolong Jurutera JA6 | 7143 |
10 | -KOSONG- | Penolong Jurutera JA5 | 7144 |
11 | Siti Ruwaida Binti Md Ali | Penolong Jurutera JA5 | 7145 |
12 | Wan Nor Asliza Binti Wan Ali | Penolong Jurutera JA5 | 7146 |
13 | -KOSONG- | Penolong Jurutera JA5 | 7147 |
14 | Noorul Shakila Binti Ahmad | Penolong Jurutera JA5 | 7148 |
15 | -KOSONG- | Penolong Jurutera JA5 | 7149 |
16 | Siti Quraishah Binti Che Ket | Penolong Jurutera JA5 | 7150 |
17 | Nurulasma’ Binti Murad | Penolong Jurutera JA5 | 7151 |
18 | Burhanuddin Bin Mohammad | Penolong Jurutera JA5 | 7152 |
19 | Muhammad Zulhilmi Bin Baharudin | Penolong Jurutera JA5 | 7153 |
20 | Siti Nor Ain Binti Mohd Masrop | Penolong Jurutera JA5 | 7154 |
21 | Naziah Binti Othman | Penolong Jurutera JA5 | 7155 |
22 | Nor Syahira Binti Zulkipli | Pembantu Tadbir (P/O) N1 | 7156 |
23 | Nur Syazwani Binti Haris | Pembantu Tadbir (P/O) N1 | 7157 |
24 | Marshita Binti Din | Pembantu Khidmat Am H1 | 7159 |
25 | Syed Zainal Abidin Bin Syed Hamzah | Pembantu Khidmat Am H1 | 7159 |
26 | Marsiti Binti Othman | Pembantu Khidmat Am H1 | 7159 |
27 | Rozawati Binti Ani | Pembantu Khidmat Am H1 | 7160 |
Hubungi Kami
Pengarah JKR Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 6, Bangunan Sultan Abdul Halim
Jalan Sultan Badlishah
0558 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Pej. Am: 04-7297100
Aduan: 04-7297171
Faks: 04-7297264
E-mel: jkr[at]kedah.gov.my
Tarikh Kemaskini
