RAS

Organisasi

Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur

Pengenalan

Bahagian Reka Bentuk Awam adalah satu unit reka bentuk di dalam organisasi Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menyediakan kepakaran reka bentuk dan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan awam dan struktur kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan .


 
 
Fungsi Bahagian
  • Menguruskan pelaksanaan projek dalam penyediaan reka bentuk, lukisan kejuruteraan awam dan struktur , spesifikasi berdasarkan kepada kaedah pelaksanaan projek secara konvensional (in-house).
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan reka bentuk kejuruteraan awam dan struktur.
  • Mereka bentuk dan menyediakan lukisan kejuruteraan awam dan struktur.

 

Tugas Bahagian

  • Penyediaan reka bentuk konsep.
  • Penyediaan reka bentuk awalan
  • Penyediaan reka bentuk terperinci secara konvensional dalaman (One-off /in-house )
  •  Penyediaan reka bentuk terperinci secara konvensional dalaman (Piawai )
  • Menyediakan dan mendapatkan kelulusan pelan kejuruteraan awam dari Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Menyediakan pindaan reka bentuk peringkat pembinaan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan menghadiri mesyuarat projek serta lawatan tapak bagi menyelesaikan masalah berkaitan kejuruteraan awam dan struktur
  • Menyemak reka bentuk yang disediakan oleh pereka bentuk (berperanan sebagai checker) dan mengaudit projek-projek yang direka bentuk oleh perunding
  • Menyedia dan mengemaskini D-Plan dalam sistem skala


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya laman web JKR Kedah telah berjaya dihasilkan. Tahniah dan syabas kepada warga Bahagian Reka Bentuk Awam dan Struktur , JKR Negeri Kedah kerana telah berusaha menghasilkan laman web ini bagi memberikan impak dan gambaran jelas bahagian ini kepada masyarakat amnya.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Bahagian Reka Bentuk Awam dan Struktur (RBAS) di atas kesungguhan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. RBAS dengan komitmen dan kerjasama padu warganya sentiasa berusaha gigih menggalas tanggungjawab dan merealisasikan visi dan misi bahagian sebagai peneraju kecemerlangan reka bentuk kejuruteraan awam dan struktur.

Sebagai bahagian yang bertanggungjawab merekabentuk struktur sesuatu bangunan di negeri Kedah, reka bentuk yang dihasilkan perlulah berkualiti, kos yang efektif, memenuhi kepuasan pelanggan  dan menepati tempoh siap yang telah ditetapkan . Adalah menjadi matlamat bahagian ini memberi perkhidmatan yang terbaik.

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat memberi manfaat dan maklumat yang berguna kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Ir. ABDUR RAHMAN AZZAM BIN CHE SOBRY
(JURUTERA AWAM KANAN BAHAGIAN REKA BENTUK AWAM & STRUKTUR) J48

Direktori Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur

BIL NAMA JAWATAN NO. TEL PEJABAT (04-729)
1 Ir. Abdur Rahman Azzam Bin Che Sobry Jurutera Awam Kanan J48 7126
2 Ir. Ku Safirah Binti Ku Sulaiman Jurutera Awam J44 7128
3 Ir. Ts. Nik Mohd Nadzri Bin Nik Mustapha Jurutera Awam J44 7127
4 Muhammad Najdi Bin Abdullah Penolong Jurutera Awam Kanan JA36 7129
5 Adam Bin Yusoff Penolong Jurutera Awam JA29 7130
6 Izham Bin Mohd Johar Pelukis Pelan Kanan JA22 7131
7 Azizah Binti Sa’ari Pelukis Pelan Kanan JA22 7132
8 Hafiz Aizuddin Bin Muhamad Yusof Pelukis Pelan Kanan JA19 7132
9 Danaletchimy A/P Manikam Pembantu Awam H14 7134

Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur
JKR Negeri Kedah,
Aras 5, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Sultan Badlishah,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-729 7134
Faks: 04-7297263