PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI KEDAH 2023

ALOR SETAR, 20 OGOS 2023 – Sempena bulan kemerdekaan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Auditorium Aras 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Puan Zaiton Binti Yahya.
Turut diadakan pada majlis tersebut sesi penyerahan jalur gemilang dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.