LAWATAN TAPAK PROJEK MENAIKTARAF LOGI AIR JENUN BARU

14 SEPTEMBER 2023
Yang Berhormat Exco Kerja Raya, Tenaga, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Hj. Mohammad Yusoff @ Munir bin Hj. Zakaria telah melakukan lawatan tapak ke Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Jenun Baru. Hadir bersama mengiringi ke lawatan tersebut ialah Tuan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Wilayah Utara, Jurutera Awam Penguasa Pasukan Projek Khas Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Kedah, JKR Kedah, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Kedah, wakil Jurutera Perunding Zaaba dan pihak kontraktor.