PENGAKTIFAN LAMPU JALAN SUKA MENANTI

14 Januari 2024- Majlis ringkas mengaktifkan pencahayaan lampu bagi Projek Menaik Taraf Jalan Suka Menanti sepanjang 1.5 kilometer (K137) Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Tuan Ir. Mohd Fisal Bin Ismail,  Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, turut hadir bersama YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani, Adun Suka Menanti, Ir. Amalina Binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri dan Ir. Isnil Badril Bin Ismail, Jurutera Daerah Kota Setar.