LAWATAN TAPAK PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR BUKIT SELAMBAU DAN LOGI AIR SUNGAI LIMAU

29 JANUARI 2024- Hari ke 2 Lawatan kerja YB Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir ke Tapak Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Kuala Muda dan seterusnya ke Logi Air Sungau Limau , Baling. Lawatan tersebut diringi oleh Ir. Haji Sulaiman bin Kamisan , Pengarah Bahagian Bekalan Air KPTDGA dan Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah. Turut sama menghadiri lawatan tersebut ialah Dato Haji Ahmad Faizal bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, wakil daripada SADA ,En. Zulazni bin Mohd Noor, Perunding SSP, Perunding BWP dan pihak kontraktor.