LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE JKR DAERAH LANGKAWI DAN MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN MEMBINA BAHARU JAMBATAN SUNGAI PERANGIN

    

Ahad, 10 Mac 2024-  Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja dan Majlis Penyerahan Jambatan Sungai Perangin yang baharu siap dibina menggantikan jambatan sedia ada yang dikenali sebagai Jambatan Sungai Perangin, Oriental Village, Langkawi.Projek Membina Jambatan Sungai Perangin yang baharu ini mula dilaksanakan pada 30 Oktober 2020 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Langkawi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan Agensi Pelanggan bagi projek ini. Turut hadir bersama ialah Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Pengarah JKR Negeri Kedah, YBrs. Mohd Fisal bin Ismail, Jurutera Daerah JKR Langkawi, YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan Bin Abdullah serta Pengarah Urusan Cakra Makota Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama, YBrs. Tuan Mohd Shahlan Bin Ramli.