MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PROJEK MENAIKTARAF MEMULIHARA STRUKTUR BANGUNAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) JITRA

05/03/2024 – Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Projek Menaiktaraf Memulihara Struktur Bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra yang telah diadakan dengan jayanya.
Penyerahan telah disempurnakan oleh
Tuan Jurutera Daerah JKR Kubang Pasu, Ir Ahmad Shahril Azli b Idris kepada pihak pelanggan Y.Brs.Ts. Hj. Mohd Yasir Bin Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Terima kasih kepada semua pasukan projek yg terdiri daripada pihak JKR Kubang Pasu,
Wakil-wakil Pegawai Penguasa JKR Negeri Kedah, pihak ILP Jitra selaku pengguna dan pihak Kontraktor Utama iaitu Amza Bina Sdn Bhd serta Nominated Sub Kontraktor iaitu DM Twin Engineering .
Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Idris Bin Abdul Rahman,
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah di atas kesudian melapangkan masa turut menghadiri majlis ini.
Ucapan penghargaan ini juga dirakamkan buat semua yang hadir dalam menjayakan majlis.