MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL BALING, KEDAH (REKA DAN BINA) DAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) KEPALA BATAS, KEDAH

    

10 Mei 2024 (Jumaat)- Majlis Penyerahan dua projek secara serentak iaitu Bangunan Tambahan Hospital Baling, Kedah dan Klinik Kesihatan Jenis 3 Kepala Batas, Kedah.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, (Menjalankan Tugas) Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia, Encik Zairi Bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan (CKK), Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah, Encik Massrol Nizzam bin Md. Salleh, HOPT BPP1 CKK dan Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kedah.

Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas ini merangkumi skop projek membina sebuah bangunan baru Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan komponen Registration & Medical Record Unit, Pharmacy Unit, Outpatient Clinic, Emergency Clinic, Diagnostic Imaging Unit, Health Surveillance Unit, Oral Health Clinic, Health Education Unit, Pathology Unit, Pembelian Peralatan Perubatan dan Bukan Perubatan serta 2 unit Kuarters Kelas F dan 2 Unit Kelas G.

Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 15 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:-

i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
ii. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
iii. Lukisan Siap Bina (As Built Drawing)
iv. Operation & Maintenance (O&M) Manual
v.  Projek Siap 2 Bulan Awal Tanpa EOT dari Tarikh Siap Asal Projek
vi. Zero Lost Time Injury
vii. Zero Major Defects

Manakala Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Baling ini merangkumi skop membina blok baharu (tambahan 64 katil) bagi menaiktaraf hospital yang sedia ada kepada Hospital Pakar Minor termasuk Clinical & Non Clinical Support Services termasuk perkhidmatan Pharmacy, Diagnostic Imaging, Laboratory Service, Physiotherapy & Rehabilitation, Health Education serta lain-lain perkhidmatan sokongan. Projek ini juga berjaya disiapkan dengan pencapaian 14 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut: –

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As Built Drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  4. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
  5. Projek Siap Ikut Tempoh Kontrak
  6. Penjimatan Kos Projek melebihi 5 juta daripada kos asal kontrak
  7. Zero Lost Time Injuries

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan Pasukan Projek yang terdiri sepenuhnya daripada JKR Negeri Kedah dan kontraktor, Azhar Ahmad Construction Sdn Bhd. (Bangunan Tambahan Hospital Baling, Kedah) serta kontraktor Bina Jaya Mantap Sdn. Bhd. (Klinik Kesihatan Kepala Batas) di atas kejayaan menyiapkan kedua-dua projek ini.