MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK PEMBINAAN DEWAN TERBUKA UNTUK PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM DI NEGERI KEDAH

 
11 Jun 2024, Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak Secara 2 Dalam 1 Bagi Projek Pembinaan Dewan Terbuka Untuk Pejabat Daerah Pertahanan Awam Di Negeri Kedah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Bangunan Aras 2, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail.