LAWATAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU SHAZUDDIN ARIFF IBNI AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN, TUNKU MAHKOTA KEDAH KE HOSPITAL PENDANG

PENDANG, 20 Jun 2024 – Duli Yang Amat Mulia, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah telah berkenan melawat Hospital Pendang. Baginda diiringi oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, En Massrol Nizzam bin Md. Salleh, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah, En. Hamdan bin Noh, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kedah, serta daripada Bahagian Arkitek En. Suhaili, En. Hafizal dari JKR Mekanikal dan Puan Amalina dari JKR Elektrik.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah Bahagian Kejuruteraan KKM,Ts. Huszian bin Husin, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismuni bin Bohari, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr.Farique Rizal bin Abdul Hamid, Pengarah Hospital Pendang Dr Muhammad Shauqi bin Abdul Kadir dan Ketua Jurutera Negeri En.Norman bin Omar serta lain-lain kakitangan ndari JKR dan JKN.