LAWATAN TAPAK PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR BUKIT SELAMBAU, LOJI AIR SUNGAI LIMAU DAN LOJI AIR BUKIT SELAMBAU

24 JUN 2024- Lawatan kerja YB Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir ke Tapak Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Kuala Muda dan seterusnya ke Loji Air Lubuk Buntar , Bandar Baharu . Lawatan tersebut diringi oleh Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah dan Dato Haji Ahmad Faizal bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN. Turut sama menghadiri lawatan tersebut ialah EXCO Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah YB Tuan Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Ir. Azrul Raimee bin Ramli, Pengarah Wilayah Utara Ts. Khithob bin Ahmad, Pengarah Komunikasi Korporat Ts. Mohd Fazil bin Ismail, wakil daripada Perunding Sepakat Setia Perunding Sdn Bhd, BW Perunding Sdn Bhd, HSS Integrated Sdn Bhd dan pihak kontraktor Widad Builders Sdn Bhd dan United AAD Sdn Bhd.