LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR KEDAH KE LOJI RAWATAN AIR SUNGAI LIMAU DAN LOJI RAWATAN AIR BUKIT SELAMBAU

09 JULAI 2024- Lawatan kerja YAB Menteri Besar Kedah ke Loji Rawatan Air Sungai Limau di Daerah Baling dan Loji Rawatan Air Bukit Selambau di Daerah Kuala Muda. Turut hadir  ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Fauzi bin Mustaffa, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Tuan Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman, Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail, ADUN Tanjung Dawai, YB Tuan Hanif bin Haji Ghazali, ADUN Kupang, YB Brigider Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad, ADUN Bayu, YB Tuan Mohd Taufiq Yaacob, ADUN Gurun YB Tuan Baddrol Bakhtiar dan ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long.